|
Ezy-InfoRetriever
Pada masa kini, kombinasi aplikasi perniagaan dan telefon bimbit telah menjadi satu ledakan teknologi. Ezy-InfoRetriever adalah satu perkhidmatan berbentuk tarikan yang membenarkan pelanggan anda untuk meminta apa-apa maklumat untuk dihantar serta merta ke telefon bimbit mereka.
Dengan Ezy-InfoRetriever, pelanggan boleh memilih untuk menerima maklumat dan kandungan seperti promosi terkini, senarai harga barang, kadar pertukaran matawang, keadaan trafik dan pasaran saham melalui SMS.
Ezy-InfoRetriever ini juga ditetapkan mengikut Kod Info yang tertentu bergantung kepada jenis maklumat yang dihantar.
|
|
|
|